Kami menyeru kepada semua yang menyokong perjuangan rakyat untuk kebebasan dan demokrasi untuk membantah ketidakadilan tindakan kerajaan baru-baru ini untuk menjalankan Hartal seluruh Malaysia pada 16 September 2008, antara jam 6 pagi hingga ke 12 tengahmalam sebagai membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kamu diminta supaya tidak menjalankan apa-apa pekerjaan untuk satu hari sebagai membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA, dan bagi meneruskan perjuangan rakyat untuk demokrasi maju selangkah kehadapan.
16 September merupakan hari di mana rakyat Malaysia diseru untuk menjalankan tindakan politik terbesar dalam sejarah negara ini.
Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.
Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:
Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya. Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.
Maksud disebalik simbol² dalam Bendera Rakyat:
12 biji bintang
12 negeri yang bergabung di Malaya
9 Negeri Melayu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Perlis, Kelantan, Kedah, Johor)
3 Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka, Singapura)
Warna kuning bintang
Keadilan dan kedaulatan rakyat
Perlembagaan Rakyat diiktiraf
Membayangkan semua negeri dalam keadaan aman dan makmur
Bintang berbucu lima
Ketuhanan
Kedaulatan rakyat
Keadilan sosial
Kebajikan
Kebangsaan
Warna merah
Keberanian dan kuasa kemahuan rakyat untuk menentang semua rintangan² supaya tercipta keadilan dan demokrasi di Malaya
Warna putih
Perjuangan yang didasarkan kepada kejujuran dan kesucian untuk mencapai kebebasan yang teratur dan tidak berdasarkan kepada haloba dan tamak, tetapi hanya dengan membawa cita² yang satu iaitu pemerintahan sendiri yang berdasarkan kepada kedaulatan rakyat
Warna Merah Putih mempunyai riwayat yang tertentu bagi penduduk² di Malaya dan telah dipilih dengan persetujuan PUTERA dan AMCJA kerana ia merupakan warna bendera kebangsaan Melayu di zaman Kerajaan Majapahit semasa abad yang keempat belas dahulu.
Sumber:Akhbar Utusan Melayu, 11 Dis 1947 dan akhbar The Straits Times, 11 Nov 1947
Temubual antara Beth Yahp dengan Fahmi Reza, pengarah filem 10 Tahun Sebelum Merdeka dalam majalah Off The Edge, Januari 2008.
Di bawah merupakan intro asal yang ditulis oleh Beth Yahp untuk artikel tersebut, tetapi tidak sempat dihantar sebelum cetakan.
FAHMI REZA's documentary 10 Tahun Sebelum Merdeka premiered at KOMAS' Freedom Film Festival in September this year, and in the short time since then has already collected a garland of accolades from viewers and reviewers, as well as winning the Festival's 'Most Outstanding Human Rights Film' prize.
Made on a shoestring budget and the goodwill plus donated labour of a posse of friends, it was propelled by one man's curiosity about the hidden alternative history of the Malayan rakyat's struggle for independence in 1947, which led to no mean feats: a country-wide hartal (general strike) supported by the Chinese Chamber of Commerce, no less, and a proposed (but ignored) People's Constitution.
By 1948, as Fahmi's film reminds us, many of the leaders and members of the multi-ethnic coalition that spearheaded these remarkable events, had been arrested under British Emergency laws (such as an earlier version of the ISA) and their story swept under the carpet of a revised version of Malaya's history.
Beth Yahp caught up with Fahmi at the cafeteria of the Universiti of Malaya in October after a screening at the Law Faculty attended by a scattering of law students, and following that over email and chats. She also attended several full-house screenings of his film, which were followed by lively and often astounded discussions. Asked how they felt after one screening, the students replied: 'Terkejut.' 'Tak puas hati.' 'Tertipu lah…'
Beth and Fahmi's conversation was conducted in English and Malay, some of which was later translated into English. As Fahmi remarked, 'Borak-borak pun boleh jadi interview di magazine…' But that's how stories and ideas get passed on. As Fahmi also says, 'You can't copyright ideas.'
See Fahmi's blogspot: http://10tahun.blogspot.com/ for more stories, ideas, songs, comments, newspaper articles and photos about this little-known part of our history.