GIG + SHOW + GUEST BAND + FREE STUFF? + CONTACT US! WE WILL TRY OUR BEST TO MAKE YOU ALL SATISFIED ! NO DEMAND !
TENTANG GREY SKY MORNING
BIOGRAPHY
Grey Sky Morning adalah sebuah kumpulan muzik yang mula bertapak dari tahun 2004 bergerak secara bebas atau lebih dikenali sebagai indie band (INDEPENDENT). Kumpulan yang berasal dari Klang ini terdiri dari 5 orang anak muda iaitu Ejal (28) selaku vokalis,Yatt (27) sebagai pemain bass, Ery (25) sebagai pemain drum, Ojex (24) selaku pemain gitar utama & Ewan (21) sebagai pemain gitar kedua. Karya dari segi penulisan lagu & susunan muzik disusun dan dicipta oleh Grey Sky Morning sendiri. Dengan mempertaruhkan muzik bergenre Rock Retro, Grey Sky Morning cuba membawa diri ke arus persada seni perdana dengan hasrat karya muzik Grey Sky Morning diterima oleh semua lapisan masyarakat.
Grey Sky Morning juga berhasrat untuk melebarkan sayap dan pengaruh muzik mereka ke luar negara jika diberi peluang dan kesempatan. Walaupun sibuk dengan persembahan – persembahan promosi lagu di program - program televisyen & radio, Grey Sky Morning juga masih aktif membuat persembahan di setiap sirkit - sirkit GIG di seluruh Malaysia. Grey Sky Morning juga mempunyai pengikut-pengikut setia sejak mula
ditubuhkan dan bermain di GIG dari sekitar 2004 sehingga sekarang.
MATERIAL & DISCOGRAPHY
Grey Sky Morning juga telah mengeluarkan 2 single iaitu BILA-BILA MASA KITA BERDANSA & CINTA GILA yang berjaya menempah nama di radio-radio & mengunguli beberapa carta radio swasta & kerajaan.
Lagu CINTA GILA memang mempunyai kelainan dan merupakan cara Grey Sky Morning bermain muzik dari aspek konsep genre yang mereka bawa.
Dan ternyata lagu-lagu mereka diterima semua lapisan masyarakat. Seterusnya mereka merancang untuk
mengeluarkan album yang mempunyai 5 trak lagu & kesemuanya digubah oleh mereka
sendiri dengan kerjasama dari Alfa Booty, Rumie Booty & Reza (Saturnine) di RED ROOM, KING STUDIO, Petaling Jaya bagi melancarkan lagi pembikinan album pertama Grey Sky Morning ini.
PENCAPAIAN & PERSEMBAHAN
TAHUN 2008
- Juara BLAST OF YOUTH sempena Hari Belia di Bukit Jalil
- Membuat persembahan sempena KEKWA Event di Titiwangsa
- Konsert X-Gig X-FRESH.FM di Borneo Rain Forest Sunway, Subang
TAHUN 2009
- Lagu CINTA GILA hit untuk 3 minggu berturut di di tempat pertama carta radio FLY.FM -ChampurChart
- FLY FM ChampurChart Goes LIVE di Laundry Bar Damansara
- Konsert Bersama PAPITA di Titiwangsa
- Rakaman GIG 1 (ZOOM IN) di RTM2
- Interview Rancangan Remaja Gen-X RTM1
- X-Gig X-tended Live di X-Fresh.FM
- Konsert X-Gig X-Fresh.FM di QE2 Marina, Pulau Pinang
- Lagu CINTA GILA hit 5minggu berturut di tempat pertama carta radio MUZIK.FM -Carta10
- Road Show MUZIK.FM -Carta10 di lokasi (MUZIK.FM)bertempat di Terenganu/ Perak/ Kuala Lumpur/ Selangor
- Konsert Bersama Rakyat anjuran UNIT HIBURAN RTM di Raub Pahang.
- Interview televisyen Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3
- Interview televisyen Nasi Lemak Kopi O beserta pesembahan akustik di TV9
- Interview radio Carta HOT.FM
- Interview radio X-Fresh.FM
- Interview radio U.fm Uitm Shah Alam bersama persembahan akustik
- Konsert JOM HEBOH TV3 di Danga Bay, Johor Bahru
- Artis Jemputan Bintang RTM 2009 RTM2
- Artis Jemputan Rancangan TV EWAH-EWAH TV3
- Konsert MUZIK.AKTIF RTM bersama GREY SKY MORNING
- Rakaman RTM KONSERT GENERASIKU di Padang Semarak,Angkasapuri
- Interview radio KL.FM
- Program X-Presi Kembara Bersama Grey Sky Morning di Kuala Terengganu dan Pulau Redang
- Program Anak Yatim Bersama radio U.FM di UiTM Shah Alam
- Program GameShow Gitar Raya TV3
- Final Hits 1 TV2 lagu CINTA GILA
- Guest Band Battle Of Indieband RADIO SEREMBAN
- Menyertai Program Muzik - Muzik 24 (Separuh Akhir) TV3
INSYALLAH KAMI CUBA BERI YG TERBAIK...SAMA RASA..ORGANIZER PUAS HATI..KAMI SERONOK PERFORM!!!
korg masa music-music aritu mmg best gler!harap dpat dgar lagi prkmbangan korg..buat yang terbaik ok!cha doakan yang terbaik!Amin....ni sapa yang reply my mail ni?