Haidary merupakan kumpulan nasyid yang terdiri daripada 5 orang anak muda yang masing-masing berasal dari Johor, Pulau Pinang dan Terengganu. Kumpulan ini merupakan bekas pelajar Kolej Dar al-Hikmah, Kajang dan ditubuhkan pada tahun 2002. Antara pencapaian Haidary ialah pernah menjuarai pertandingan nasyid peringkat negeri Pulau Pinang anjuran KEMAS dan mewakili Pulau Pinang ke peringkat kebangsaan pada tahun 2007.
Haidary berasal dari perkataan bahasa arab yang bermaksud “Berani”. Sesuai dengan maksudnya, Haidary berani tampil dengan berkonsepkan irama nasyid lama dan baru untuk mengajak para pendengar mengimbau asal-usul nasyid.
Mesej utama yang ingin disampaikan Haidary ialah “Biar berani hadapi segala cabaran walau gagal seribu halangan kerana sesungguhnya Haidary itu berani”.
wsalam..siapa on9 nie? alhamdulillah sihat tgh bz dgn spm ta lame lg trial spm semua dr kolej hikmah ea? dkt ngan umah je umah ana kat seksyen 7 bangi :D insyaAllah semoga kalian terus sukses