SASUKA : tidak ada konspirasi jahat disebalik penggunaan nama kugiran sasuka. kugiran ini terdiri daripada 3 orang laki-laki pada awalnya, yang mana mempunyai minat yang sama iaitu MUSIK. tup tap tup tap, kini telah menjadi 5 orang. keadaaan ini lebih selesa dengan tidak mengklasifikasi genre musik mereka kepada satu skop yang kecil sahaja. dengan erti kata lain, hanya terus mahu bermusik selagi ada kudrat dikandung badan. :)~
EP pertama bakal akan di keluarkan tidak lama lagi. mungkin akan menyelitkan 7 atau 8 lagu sahaja (Self-Released) sebagai langkah permulaan kugiran ini.
Maffla21 will be performs(opening band) for Hujan Mencari Konklusi Tour at Taman Buaya Ayer Keroh,Melaka on 8/11/2009 at 3pm (^_^)Ayuh turun ke Melaka!!!
Menurut
majalah MANAR ISLAM, pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju
ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun tinggal dibumi
yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.
Bajunya
agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan
bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.Gadis
itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya. 'Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama
Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan lia r kaum lelaki......' nasihat
orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek.
'Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci
syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku
bakal berada di syurga atau neraka?' Setelah menghamburkan kata-kata
yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan
telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata
yang lebih dahsyat. 'Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta
tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku,' katanya lagi
lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang
mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua
tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
yang lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda i tu
yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya ker