APA ITU ker@boo???
ker@boo adalah nama simbolik bagi konsep persembahan bakat bagi menyokong dan memberi ruang serta pendedahan kepada band-band amatur dan professional untuk membuat persembahan dan promosi.
Sessi ini dapat membina keyakinan, pendedahan serta platform dan membina rangkaian peminat untuk mendapatkan respon dan penerimaan kepada muzik komposisi yang di ilhamkan. Selain bertukar-tukar idea serta tips dari pemuzik-pemuzik professional yang hadir anda juga boleh memperdengar dan mempromosikan material terbaru band anda.
*Tertakluk kepada syarat & terma persembahan ker@boo
________________________
the COMMUNITY BAND
A-11:17
AIFA BAND
AKRAM'S BAND
ARIANNA STORY
BACTRIM
BEE-RU
BEAT
BERNOWLEE
BONEKA
CASUAL COMPANY
COLOURS
CRAZY PLAYFOOL
CAGE
DONGAZZ
D'SYAQRA
D'HOMETOWN
ERIN'S CANDLE
ENIGMA
EL-FRIJOL
FIGURES
EYESBABY
FITTING ROOM
FRIENEMY
FRIDAY
GIGBAG N THE THRONE MASTER
HAZARD TOYZ
HELOGRAM
HA HA HIGH
HURLY BURLY
INFLUX
INSPIRED BY JASMINE
LOOK AT MING'S
LOLILA
KAPAS
KOFFEE
KETAWA
MAZE
NAMELESS
MATHARI
MAZDOO BAND
MINIE
MR. E
MELODY MALAYA
MOONLIGHT
MUSTARD
NATRA
NOTA MUZIKA
ODE
ORANGE FREE STATE
PENYANGKUT BAJU BARU
RADIAN
RIFFLE & ORCHID
SCANDAL OLIVIA
SHANA
SIGNBOARD
SILVER ROCKET
SIREN
SUB-WOOFER
SOUND GARDEN
SOMEHOW SOFIE
THE JEFFRY
THE METRO'S
THE NICOTINE
THE LIPSTICK
THE ROCKETTS
THE THEORY
THE WONG'S
TWISTED TUNE
VEE BLOCK WITH ROLLER
VICTORIAN BEATER
WASTED ROOM
WISHBONE
X-TRIM
YASMIN
YURARENKA
1st CUT
-----------------------------------
2010 PLAY LIST
JANUARY: SESSI 40
30 January 2010
Opening 2010
Featuring: Community Band
1. SIREN (HOST)
2. DONGAZZ
3. MAZE
Siren merupakan sebuah kumpulan musik indie yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007. Shaf selaku ketua kumpulan merupakan vokalis, komposer dan penulis lirik berbakat bertanggungjawab mencorakkan identiti lagu-lagu ciptaan Siren yang kemudiannya bersama dengan ahli kumpulan yang lain memberikan nafas dan warna pada lagu ciptaan Siren mengikut idea kreatif berkumpulan. Siren kemudiannya mula aktif di sirkit gig dan mengadakan persembahan bermula awal 2009, dan kini serius mengatur langkah utk berkongsi irama Siren ke setiap ruang yang ada. Bagi mereka tiada yang lebih manis dari melihat kepuasan riak wajah pendengar setiap kali Siren beraksi dipentas.
Nama Siren, diangkat dari mitos makhluk gadis jelita bersayap burung yang bersuara merdu dan cantik. Melambangkan metafora harapan mereka terhadap penerimaan pendukung dan pendengar lagu-lagu Siren yang sarat dengan kisah emosi manusiawi berlegar diruang lingkup perasaan cinta dan kasih sayang, benci dan kekecewaan, kematian dan kehidupan serta keamanan dan harapan.
Kekuatan Siren jelas pada keunikan susunan dan kekuatan melodi dan lagu yang berjaya mengikat minat dan emosi pendengar pada lagu-lagu mereka. Balada mahupun rancak, setiap lagu membawa cerita dan mesej yang menarik minat pendengar hanya dengan sekali dengar
EP sulung Siren, ‘Asimilasi Waktu’ telah mula diedarkan pada pertengahan 2009, mengandungi empat buah lagu berjudul Apa yang kurasa,Cermin, Dengarlah aku dan Apa aku pada waktu ini(AAPWI). Hanya diedarkan secara terus kepada peminat menerusi jualan selepas gig dan pos. Maklum balas yang diterima dari radio amat mengalakkan dimana single ‘Apa Yang Kurasa’ telah mula diputarkan di siaran radio Suria.FM dan Muzik.FM
Terbaharu,Siren kini dalam proses pembikinan EP kedua yang akan memuatkan lagu berbahasa inggeris dan melayu. EP kedua akan memuatkan lagu-lagu berjudul Selamanya, Jiwa Merdeka, The obsession dan Stay alive. Kelahiran EP terbaru nanti membuktikan bahawa Siren berkebolehan dan mampu menjadi jaguh dalam menghasilkan karya seni berbahasa melayu dan inggeris yang berkualiti dan berseni.
Terbaharu,untuk tahun 2010. Siren juga dalam proses mengadun semula single ‘Apa yang kurasa’ dan ‘Cermin’ untuk siaran radio-radio tempatan pada 2010. Perjalanan seni Siren di ruang angkasaraya seni tanahair yang amat mencabar masih baru,namun Siren bersedia untuk menempuh apa jua yang mendatang dan akan berani untuk menapak lebih jauh dengan sokongan,ruang dan peluang, serta tunjuk ajar dari pengiat industri musik tempatan; dan setiap komen serta pandangan dari pendengar dan peminat Siren amatlah dialu-alukan dan dihargai agar Siren sentiasa maju, berjaya dan lebih berjaya!
soRry lar... q da lamer x on9... heheheee... k0wunk pew khabar ? pC aq
kne Virus.. ng0k ngek t0L... n i m so bz rite n0w... pew updaTe terbaru
k0wunk.. ? -Peluah Perasaan-