Nadia mula menyanyi ketika masih di bangku sekolah. Menyertai pertandingan boria dan nasyid pada awalnya, bakatnya dihidu ibunya yang ketika itu gemar berkaraoke. Bakatnya dikembangkan sehinggalah dijemput menyanyi dengan iringan band yang turut dianggotai rakan ayahnya. Jika mempunyai masa lapang, dia dan band itu akan melakukan persembahan di Restoran Atap yang terletak di Taman Keramat. Bagaimana oun, restoran itu tidak lagi beroperasi. Ketika itulah dia didedahkan dengan nyanyian lagu inggeris bergantung kepada pemuzik kumpulan itu.
Perjalanan agak berliku ketika dia mula-mula menyertai beberapa pertandingan menyanyi dan berkaraoke. Adat pertandingan, dia sering mengalami kekalahan sehingga hampir putus asa. Atas nasihat ibunya yang percaya dengan bakat milik gadis itu, dia mula belajar dari kesilapannya. Apabila buat pertama kalinya dia memenangi sebuah pertandingan, dia bertambah yakin dan memenangi kejuaraan pada sebuah pertandingan yang diadakan di All Star Coner, Setapak. Walaupun terpaksa berhadapan dengan beberapa peserta berpengalaman ketika itu, dia tetap yakin dan merangkul johan. Paling manis, dia memenagi tempat utama sebuah lagi pertandingan di Restoran Cerana, Cheras menerusi lagu nyanyian Anita Sarawak, Tragedi Buah Epal.
Kemenangan di sana sini menarik minat ramai, termasuklah Lord yang pernah menganggotai Ella And The Boys. Ketika pertandingan yang diadakan di Maju Junction, Kuala Lumpur, Pemuzik itu Nampak kelebihan gadis ini. Walaupun masih bersekolah, Dia mula mengikut Lord dan anggota kumpulannya membuat persembahan di Planet Hollywood. Walaupun kumpulan itu ada penyanyi utama, Nadia dibawa menyertai mereka untuk diberi pendedahan seawal usia 17 tahun.
Selain itu Roslan Pilus daripada Istana Budaya (IB) turut terpesona dengan bakatnya sehinggakan gadis ini diberi peluang untuk mengadakan persembahan di pentas berprestij itu. Bermula dengan persembahan sempena Hari Kemerdekaan di Genting Highlands, Roslan membawa Nadia menyanyi dengan iringan Orkestra Remaja sebelum dibawa menjelajah ke lima negeri Semenanjung bersama Orkestra IB. Dia juga terlibat dalam Konsert Budi yang turut disertai Jaclyn Victor dan Dina.
Credit : Juan Danza (Aksi vol.9)