Tarikh 01.04.2008 mencatatkan satu lagi tinta sejarah arena muzik metal di Ipoh apabila munculnya satu label yang baru di kenali dengan nama NORTHERN LEGACY MUSIC. Kelahiran semula Northern Legacy Music di Ipoh menyaksikan kembali bahawa legasi muzik metal masih hidup di Ipoh walaupun setelah kehilangan pahlawan metal terdahulu seperti Vulga, Necrotic Chaos,Langsuyr,Profane Creation,Hayagriva,Athotorgh dan banyak lagi.
Northern Legacy Music adalah legacy seterusnya selepas kelahiran Misery Records milik saudara Shah dan Eastern Myth Records milik Xul.Kolaborasi antara label di Ipoh mereka ingin menyaksikan kembali bangunnya semula empayar muzik metal di Ipoh.
Ilham kewujudan Northern Legacy Music ini hasil inspirasi antara 2 orang pemuda yang begitu berkomitmen untuk merealisasikan impian mereka untuk menyambung kembali legasi muzik metal di Ipoh yang hampir hilang di telan arus semasa.. Bergerak dari titik pemulaan itulah wujudnya nama Northern Legacy Music. Mereka yang di maksudkan adalah saudara Nizam dan Ryzal. Saudara Nizam juga memiliki label beliau sendiri iaitu Poisonous Attack records. Dengan Poisonous Attack beliau seringkali sahaja mengadakan show kecil kecilan di Ipoh. Malah beliau juga seringkali bekerjasama dengan Label Glendora records untuk show hardcore di IPOH. Terbaru pada Disember 2007 yang sudah Beliau mengadakan show yang di beri nama Ending Years Nightmare mengundang band seperti Dark Regime,Raizhobium,Neftaraka dan banyak lagi.
________________________________________________________________
Coming next : TBA Latest : The Era of the Ipoh Legacy Show:
featuring Vociferation Eternity,Dark nirrajim,Dark Regime,
Catarrh,Gore Sluts,Hereafter,Neftaraka and Cultristic.
Date : 07.06.2008 Ticket: RM20
1.Kompilasi Wira Besi
Feautring Underated heavy thrash metal and roxk band
FINALLY A PROPER METAL GIG..WALAUPUN RAMAI YANG X DTG..TAPI AKU ENJOY..KEEP UP THE GOOD WORK JAX..YOU RULE..WE ARE LOOKING FORWARD TO WORK WITH YOU GUYS ONE DAY..MAT SALEH SMLM TU DR LABEL MANA EK?
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.