SEJARAH NROCINU:
Nrocinu ditubuhkan pada tahun 1996 dengan nama asal Unicorn. Dibarisi oleh Rizal (Poetical Kingdom) selaku vocalist/guitarist, Ejad (Aisunam) selaku drummer & Amir selaku bassist yang berpusat di Rawang, Selangor, MALAYSIA. Banyak membuat persembahan majlis perkahwinan dan sesi Open Jamming. Dalam masa yang sama Roll mempunyai sebuah band yang tidak bernama di Petaling Jaya. Terdiri oleh Roll selaku guitarist, Amat The Howling Wolf (x-Movment) selaku bassist & Ajis (Disagree) selaku guitarist.
Pada tahun 1998, Roll & Rizal bertemu di Sekolah Menengah Teknik Sungai Buloh. Mereka sering membuat persembahan akustik di sekolah. Oleh kerana mempunyai minat yang sama di dalam muzik, Rizal telah menjemput Roll menyertai Unicorn pada tahun 1999 bagi mengisi posisi guitarist.
Unicorn mula aktif pada tahun 2000 dengan menyertai pelbagai BOTB dan membuat persembahan di majlis keramaian. Mendapat tempat ke-6 di Battle of All Ground di Queen’s Park Plaza, Ampang. Mendapat tempat ke-3 di BOTB Bukit Jalil di mana kumpulan Giegiel menjadi Juara ketika itu. Menyertai BOTB yang dianjurkan oleh NTV7 akan tetapi menarik diri kerana Roll & Rizal baru sahaja mendapat tawaran mejanjutkan pelajaran ke IPT ketika itu.
Pada tahun 2001 setelah melihat Amat The Howling Wolf menyertai band Movment dan mempunyai EP bersama band Break The Silence, Unicorn teringin untuk memiliki lagu sendiri dan bermain muzik dengan lebih serius. Maka dengan itu Roll & Rizal mencipta beberapa lagu sendiri dengan menggunakan komputer. Di antara lagu terawal yang dicipta ialah ‘The Fandango of Life’ & ‘Bicara’.
Unicorn menyertai BOTB di Batu Pahat pada tahun 2002, akan tetapi menggunakan nama ‘1st Union’ oleh kerana ada band lain menggunakan nama Unicorn. Mendapat kempat ke-3 dan persembahan terbaik. Mula menyertai gig di sebelah Coffree Bean Ampang Park dengan menggunakan nama ‘X-Tension’ kerana memainkan lagu Hardcore. Pada pertengahan tahun 2002, 1st Demo ‘GEMPITA’ yang memuatkan 7buah lagu telah siap dirakam sepenuhnya. Roll mencadangkan agar nama Unicorn ditukar kepada yang lain oleh kerana ada terlalu banyak band yang memakai nama yang sama. Akan tetapi tidak dipersetujui oleh line-up yang lain. Oleh kerana itu, maka nama Unicorn diterbalikkan kepada Nrocinu bagi mengekalkan nama Unicorn tersebut.
Demo ‘Gempita’ mula dipasarkan di beberapa buah kedai muzik di Malaysia. Di antara kedai yang paling banyak menjual demo ini adalah Campbell KL & Radin Batu Pahat. Dianggarkan 1000 keping terjual keseluruhannya termasuk yang dijual on-line & by-hand. Mendapat review yang baik di Demo Corner majalah ROTTW keluaran Jun 2002. Mendapat 4 ½ bintang keseluruhannya. Juga mendapat review di majalah Konsert keluaran July 2002. Menyertai pertandingan ‘Cromok vs Cromers’ pada lewat tahun 2002, akan tetapi menggunakan nama D’Unicorn. Layak ke peringkat akhir, akan tetapi pertandingan itu tiada khabar berita hinggalah kini (tiada bajet...mungkin).
Roll mula memikirkan sesuatu mesti dilakukan bagi memajukan Nrocinu. Setelah mesyuarat tergempar dibuat bersama alhi Nrocinu, maka Ejad & Amir menarik diri dari band kerana perbezaan konsep muzik yang ingin diketengahkan. Apiz mula menyertai Nrocinu dengan mengisi posisi bassist dan AP Hellthroat (x-Break The Silence) menjadi session mengisi posisi drummer.
Demo ‘Gempita’ mendapat review di Majalah ‘Kugiran’ & ‘Identiti’ pada awal tahun 2003. VCD ‘Jamming with Nrocinu’ & Single ‘The Fandango of Life’ dirakam dan diterbitkan pada August 2003. Mendapat sambutan yang baik. 200 keping dicetak dan kesemuanya habis dijual. Pada penghujung tahun 2003, Rizal menarik diri dari Nrocinu atas sebab komitmen. Posisi vocalist diamil alih oleh Apiz yang mula memegang dua tanggungjawab dari bassist ke vocalist/bassist.
Di awal tahun 2004, Joule (band Pasar Malam) menyertai Nrocinu mengisi posisi drummer. Menyertai BOTB di Kolej9 Universiti Malaya. Joule Cuma dapat bertahan selama 2 bulan sahaja dan posisi drummer diganti oleh Manap (Trasia). Membuat persembahan gig di Paul’s Place, Uptown Damansara Utama pada March 2008 di mana band Y2K & Dragon Red turut sama ketika itu. EP ‘Langkah Mulaan’ mula dirakam pada pertengahan tahun 2004 di ArtXite Studio yang dijaga oleh Sham Fiduz (x-drummer Silent Death), berdekatan Ampang Point, akan tetapi bertukar ke Meta Studio (milik Enal x-bassist Metafora) oleh kerana bajet yang tidak mencukupi. Manap pula cuma dapat bertahan selama 4 bulan sahaja dan posisi drummer di ganti oleh Zali Dethstroke sebagai session. Menyertai gig Kelab Sahabat Metalasia pada Julai 2004 di Paul’s Place Uptown dan gig ‘Tribute to The Four Hoursemen’ pada September 2004 di Blue Planet, Lot10, KL Plaza. Pada penghujung tahun 2004, Rizal kembali menyertai Nrocinu dan mengambil kembali posisi vocalist/guitarist.
Nrocinu merakamkan video ‘Jamming with Nrocinu 2, AkarKarya Studio’ pada March 2005. 200 keping cetakan dibuat dan kesemuanya habis dijual. Menyambung sesi rakaman EP ‘Langkah Mulaan’ di Meta Studio. Menyertai pertandingan BOTB di South City Plaza, Serdang dan mendapat 10 band yang terbaik. Band seperti Fenomena & Scarvia turut menyertai BOTB tersebut. Rizal cuma dapat bertahan sementara di dalam Nrocinu dan menarik diri, juga atas sebab komitmen. Kali ini Roll memberanikan diri mengambil alih posisi vocalist/guitarist. Shah Sidious menjadi guitarist/sessionist untuk Nrocinu pada Mei 2005. Dalam masa yang sama, EP ‘Langkah Mulaan telah siap dirakam, diedarkan dan dicetak. Sebanyak 500 keping CD habis dijual. EP ini mendapat review yang baik di Majalah ROTTW keluaran Jun 2005. Nrocinu mula hangat dan dijemput bermain di gig ‘Absolutely RAW’ pada July 2008 di Paul’s Place Jalan Klang Lama yang dianjurkan oleh Adib Sick Society di mana band Langsuyr juga turut bermain dalam gig tersebut setelah lama menyepikan diri. Setelah melihat Nrocinu mempunyai peluang yang cerah dan perjuangan muzik sealiran, maka Shah Sidious dan Zali Dethstroke diserap menjadi ahli tetap Nrocinu. Kemudiannya Nrocinu menganjurkan gig ‘Kebangkitan Empayar Metal’ pada August 2005 atas usahasama rakan-rakan band seperti Metal-Idol, Dusk, MOV & Symphonia juga di Paul’s Place. Di penghujung tahun 2005, Apiz menarik diri dari Nrocinu atas sebab komitmen. Posisi bassist diganti oleh Alan.
Pada Februari 2006, Nrocinu menyertai BOTB Kolej9 di Universiti Malaya buat kedua kalinya, mendapat tempat ke-3. Cuba untuk menyertai Rentak Juara RTM 2006 akan tetapi tidak dapat ke peringkat seterusnya atas sebab syarat yang dikenakan oleh RTM yang meletakkan minimum untuk sebuah band adalah 5orang. Perjuangan diteruskan dengan menyertai pertandingan realiti RockUnite NTV7 2006. Nrocinu layak untuk ke peringkat Audition akan tetapi tidak dapat bermain kerana syarat seorang ahli hanya boleh sertai satu band sahaja di mana ketika itu Zali Dethstroke juga bermain drum untuk band Symphonia. Akan tetapi setelah berbincang dengan pihak organizer dan memberi alasan syarat tersebut tidak diberitahu awal dan mengenangkan Roll yang sanggup datang dari Batu Pahat untuk audition walhalnya Roll di dalam minggu final exam di KUiTTHO/UTHM, maka Nrocinu diberi peluang bermain untuk audition. Akhirnya Nrocinu berjaya ke peringkat seterusnya hingga ke peringkat Top-15 Finalist RockUnite. Dalam masa yang sama Nrocinu membuat persembahan di gig KL Jam Asia di mana Bannbodo, Dragon Red & Dejavodoo Spells turut beraksi ketika itu. Beraksi di gig di kelab ‘The Wall’ dan di Konsert Merdeka Suria.FM di Kuantan & Dataran Merdeka. Nrocinu terkeluar dari RockUnite pada peringkat Semi-Final akan tetapi layak ke peringkat Wild-Card. Berjaya ke peringkat Grand-Final RockUnite dan akhirnya atas usaha yang keras dari ahli band Nrocinu dan sokongan padu dari keluarga, rakan-rakan dan semua yang terlibat, maka Nrocinu berjaya menjadi Champion of RockUnite pada 17th September 2006 di mana seminggu sebelum itu Roll baru sahaja mendapat segulung ijazahnya di KUiTTHO (kini dikenali UTHM). Nrocinu mula mendapat review dari banyak media di Malaysia. Nrocinu juga membuat persembahan anjuran PAPITA pada December 2006 di Taman Tasek Perdana, February 2007 sempena Hari Wilayah di Dataran Merdeka dan di Taman Tasek Titiwangsa sempena Tahun Melawat Malaysia.
Pada January 2007, Nrocinu mula membuat rakaman album pertamanya di Sinar Studio yang dimiliki oleh MusMay. 3 buah lagu siap dirakam sepenuhnya pada April 2007. Rakaman tergendala kerana Sinar Studio sudah ditempah untuk projek-projek lain ketika itu. Nrocinu beraksi sebagai band jemputan di TokYem Steets Damansara Damai dan di 777 Green Concert Suria.FM pada 7th July 2007 di Bukit Jalil.
Bersambung ...
|