Lihatlah rama-rama, ianya cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka & ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam & menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu tinggal di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap & pegang rama-rama dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna & corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahupun diawet. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa kurang tetapi harga diri & maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna & coraknya manakala harga wanita terletak apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya. Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar dari kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran & evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikkan akhirnya bertukar kepada sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat & dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan and