Siren merupakan sebuah kumpulan musik indie yang ditubuhkan pada pertengahan tahun 2007. Shaf selaku ketua kumpulan merupakan vokalis, komposer dan penulis lirik berbakat bertanggungjawab mencorakkan identiti lagu-lagu ciptaan Siren yang kemudiannya bersama dengan ahli kumpulan yang lain memberikan nafas dan warna pada lagu ciptaan Siren mengikut idea kreatif berkumpulan. Siren kemudiannya mula aktif di sirkit gig dan mengadakan persembahan bermula awal 2009, dan kini serius mengatur langkah utk berkongsi irama Siren ke setiap ruang yang ada. Bagi mereka tiada yang lebih manis dari melihat kepuasan riak wajah pendengar setiap kali Siren beraksi dipentas.
Nama Siren, diangkat dari mitos makhluk gadis jelita bersayap burung yang bersuara merdu dan cantik. Melambangkan metafora harapan mereka terhadap penerimaan pendukung dan pendengar lagu-lagu Siren yang sarat dengan kisah emosi manusiawi berlegar diruang lingkup perasaan cinta dan kasih sayang, benci dan kekecewaan, kematian dan kehidupan serta keamanan dan harapan.
Kekuatan Siren jelas pada keunikan susunan dan kekuatan melodi dan lagu yang berjaya mengikat minat dan emosi pendengar pada lagu-lagu mereka. Balada mahupun rancak, setiap lagu membawa cerita dan mesej yang menarik minat pendengar hanya dengan sekali dengar
EP sulung Siren, ‘Asimilasi Waktu’ telah mula diedarkan pada pertengahan 2009, mengandungi empat buah lagu berjudul Apa yang kurasa,Cermin, Dengarlah aku dan Apa aku pada waktu ini(AAPWI). Hanya diedarkan secara terus kepada peminat menerusi jualan selepas gig dan pos. Maklum balas yang diterima dari radio amat mengalakkan dimana single ‘Apa Yang Kurasa’ telah mula diputarkan di siaran radio Suria.FM dan Muzik.FM
Terbaharu,Siren kini dalam proses pembikinan EP kedua yang akan memuatkan lagu berbahasa inggeris dan melayu. EP kedua akan memuatkan lagu-lagu berjudul Selamanya, Jiwa Merdeka, The obsession dan Stay alive.
Kelahiran EP terbaru nanti membuktikan bahawa Siren berkebolehan dan mampu menjadi jaguh dalam menghasilkan karya seni berbahasa melayu dan inggeris yang berkualiti dan berseni.
Terbaharu,untuk tahun 2010. Siren juga dalam proses mengadun semula single ‘Apa yang kurasa’ dan ‘Cermin’ untuk siaran radio-radio tempatan pada 2010.
Perjalanan seni Siren di ruang angkasaraya seni tanahair yang amat mencabar masih baru,namun Siren bersedia untuk menempuh apa jua yang mendatang dan akan berani untuk menapak lebih jauh dengan sokongan,ruang dan peluang, serta tunjuk ajar dari pengiat industri musik tempatan; dan setiap komen serta pandangan dari pendengar dan peminat Siren amatlah dialu-alukan dan dihargai agar Siren sentiasa maju, berjaya dan lebih berjaya!
Trivia
1.Nama anggota baru siren semuanya bermula dgn A.kecuali Shaf(vokalis). (ayie,andy,afiq,abu(JR)
2.Nama Manager Siren yang terdahulu dan baru juga seakan sama. Manager terdahulu bernama Miss Khair(Khairiah)manakala kae merupakan manager baru.
3.Andy merupakan ahli baru kumpulan freedom yang termuda, giat mengadakan persembahan dikelab-kelab disamping aktif bergiat untuk band Iris dibawah naungan NSR.
4.Tiada ahli siren berasal dari negeri yang sama. Shaf-Kuantan,Ayie-teluk intan, afiq-seremban,andy-kuching,Jr-kuala lumpur.
5.Lagu pertama Siren 'Apa yang kurasa' keudara buat pertama kali di SuriaFM untuk siaran carta band kita.
6.Siren telah merakamkan 4 muzik video untuk siaran muzik aktif iaitu 'Apa yang kurasa', 'Apa aku pada waktu ini', ‘Cermin’ dan ‘Dengarlah aku’
7.Oleh kerana tersentuh dengan lagu 'Cermin' seorang peminat dari Sabah, sanggup terbang jauh dari Kota Kinabalu untuk mendengar lagu Cermin secara live di gig Siren di KL.
8.Siren pertama kali diberi peluang untuk membuat persembahan secara akustik untuk syarikat koporat, pada acara TM Cyber Carnival di Pulau Pinang, Oktober 2009.
9.JR,satu-satunya ahli Siren yang pastinya akan bangun awal tepat pada masa walaupun tidur lewat pada malam harinya.
10.ROTTW telah mengulas EP siren pada keluaran November 2009, dan Siren mendapat rating 4/5 satu rating yang agak susah untuk dicapai memandangkan kredibiliti majalah ROTTW sebagai majalah musik yang memberi ulasan yang bersifat teknikal.
11.JR bukan saja merupakan peminat dan pengumpul miniatur ‘transformers’ yang tegar tetapi seorang yang kreatif dalam bidang grafik dan seni lukis.
12.Bakat seni Ayie bermula sejak kecil,dimana dia pernah berlakon untuk musik video hari raya seawal umur 4 tahun, dan kakak serta adiknya aktif dalam bidang tarian dan nyanyian.
13.Bakat hebat Andy selaku pemain gitar bukan saja membawanya mengadakan persembahan merata pelusuk negara malahan hingga ke luar Negara, antaranya Australia,Eropah dan China.
14.Kesemua lagu-lagu Siren di EP pertama telah dirakam dan diadun secara sendiri di rumah Shaf, vokalis Siren.
15.Demi untuk memenuhi jadual persembahan dan latihan, Afiq sanggup berulang-alik dari Seremban ke KL pada setiap hujung minggu.
16. Setiap ahli Siren mempunyai karekter dan personaliti yang berbeza namun setiap dari mereka mempunyai objektif dan misi Siren yang sama.
17.Shaf bukan saja seorang vokalis bersuara jelas dan lantang,malahan berbakat dalam penulisan lirik dan produksi lagu. Kesemua lagu-lagu Siren digubah dan adun secara DIY di Shaf mini studio.
salam sejahtera kepada pendengar2 yang budiman.. kami baru saja selesai upload lagu baru..harap ya'all sudi dengar.. klu free sila bagi ulasan sekali k pasal lagu baru tu..thanx