Versi Bahasa Melayu: The Rhaman ditubuhkan pada awal tahun 2005. Secara asasnya, mereka terdiri 4 individu yang berkongsi minat pada muzik dan dunia mistik. Kesan daripada keinginan untuk bereksperimen dengan dengan gaya muzik tempatan, Hafidz dan Ewin telah mempelawa Hayan dan Adik bagi melengkapkan pemposisian instrumentasi pada pra-band mereka. Rentetan daripada itu maka bermulalah The Rhaman dengan Hafidz pada mikrofon dan gitar, Adik pada gitar, Hayan memainkan gitar bass secara dinamik bersama pukulan deram Ewin. Kemudiannya dituruti oleh penyertaan Abong pada sesi rakaman dan disusuli oleh Yuyun setahun kemudian. Dengan berbekalkan inspirasi daripada bunyian 60an dan langgam tempatan beserta mood nyanyian emosional generasi bundle era 90an, The Rhaman mengaplikasikan sebaik mungkin pengamatan instrumen musikal dalam menghasilkan muzik gubahan mereka. Dan kini, The Rhaman terdiri daripada Hafidz, diposisi gitar irama, Adik, diposisi gitar utama, Hayan sebagai pemain gitar bass, Ewin sebagai pemain deram, Abong di posisi keyboard dan Yuyun di bahagian nyanyian. Dalam arena muzik tempatan yang agak keliru dengan serbuan band-band asing dari seberang telah sedikit sebanyak membuka mata mereka untuk mengambil inisiatif bagi berkarya dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium perantaraan di antara mereka, muzik binaan mereka, dan juga ANDA.
Versi Bahasa Inggeris: The Rhaman was established in 2005. Initially they were 4 individuals who shared interest in music and the mystic world. With the desire to experiment with the local music style, Hafidz and Ewin invited Hayan and Adik to complete the lineup in their pre band setup. This lead to the start of The Rhaman with Hafidz on vocals and rhythm guitar, Adik on lead guitar, Hayan with his dynamic bass playing, and Ewin on the drums. In their recordings, they had Abong playing the keyboard and Yuyun on vocals.
Inspired by the 60s sound, local music and the vocal mood of the ever 90's emotional bundle generation, The Rhaman applied these characteristic in their composition.
In the opinion that the local music circuitry is overflowing with overseas influences, this had opened their eyes to take the initiative to use Bahasa Melayu to interact between The Rhaman, their music and YOU.
( Dialih bahasa oleh Encik Pojam )
DISKOGRAFI::: The Rhaman Project Demo 2005 - Introiklaneka - Letak Balik Sayap - Tahu Kau Tahu - Tulisan Hati - Tulisan Hati (Pretentious Version) :: Set Induksi Demo 2006 - Pandangan Orang Ke-3 - Encik Obsess - Macam Bagus :: Indie For Glory! (Kompilasi oleh A Glorious Day Recs) 2007 - Sekutu Kuat Berangan
::Lagu Satu Tahun (EP 2009)
-Sekutu Kuat Berangan
-Macam Bagus
-Tahu Kau Tahu
-Encik Obsess
-Pandangan Orang Ke-3
-Lagu Satu Tahun
::Radio Rosak (Kompilasi neogendang.com)
2009
-Sekutu Kuat Berangan
-Lagu Satu Tahun
_________________________________________________________________
RILISAN EP 09THE RHAMAN – “Lagu Satu Tahun EP 09”
01 Sekutu Kuat Berangan 02 Macam Bagus 03 Tahu Kau Tahu 04 Encik Obsess 05 Pandangan Orang Ketiga 06 Lagu Satu Tahun
Penerbit: The Rhaman Penerbit Eksekutif: Ajeep KKA & Nazri Muhi Label: I-Band Records . Dapatkan“Lagu Satu Tahun EP 09” hanya RM15 daripadawakil-wakil penjual yang terpilih berdekatan dengan lokasi anda atau dimana-mana persembahan kami. Anda juga boleh mendapatkan EP melalui kiriman Pos Malaysia. Maklumat selanjutnya (Klik Disini)
_________________________________________________________________
KHABAR BERITA:
April 25 2009Kompilasi RADIO ROSAK- Kami menyertai kompilasi RADIO ROSAK dan mengikuti konsert di seluruh negeri yang terpilih.
Jan 13 2009Rilisan EP- Anda boleh dapatkan The Rhaman (Lagu Satu Tahun EP 2009) daripada wakil-wakil penjualan CD kami.
Nov 13 2008Rilisan EP- Kerja-kerja penyiapan EP sudah sampai ke suntikkan terakhir.Insyallah, rilisan ep pada hujung Dec 2008 atau awal jan 2009.
Nov 10 2008Tee- Tee the rhaman untuk saiz lelaki sudah habis tejual kecuali gurl saiz.Terima kasih kpd semua.
Oct 29 2008The Hopper & Ahli Muzik- Mari menonton "The Hoppers & Ahli Muzik" di 8tv pada setiap ahad jam 10pm.
Oct 20 2008Stesen Radio Malaysia- Adik,ewin & yus baru sahaja menghantar "Sekutu Kuat Berangan" dan "Tahu Kau Tahu" distesen radio Suria.fm dan X-fresh.fm.
July 16 2008Generasi Y di RTM1- Kami akan keudara pada july 20 2008 di rtm1 tepat jam 12.15pm!!
July 1 2008Tee Rhaman Terhad!- Baju tee Rhaman telah pun dirilis dan akan kami bawa dimana-mana persembahan.Kami hanya menghasilkan saiz s & m sahaja.Tee dirilis dengan kuantiti yang kecil.Dapatkan sekarang!!
Jun 20 2008Slot "Generasi Y"- Kami akan menjalani rakaman RTM untuk rancangan "Generasi Y" di menara KBS presint 4,putrajaya pada 22 june. Jun 21 2008 B5- Adik bersama rakan-rakan sepasukan B5 menjayakan teaser "Generasi Y" secara live yang akan disiarkan di TV1 pada 22 & 29 june jam 12 tgh hari. Jun 12 2008The Hoppers & Ahli Muzik- Ewin & Hayyan baru sahaja menjalani rakaman movie bersiri untuk slot "The Hoppers & Ahli Muzik" di sekitar bandar melaka.Rancangan movie yang mempunyai 13 siri akan disiarkan pada bulan oktober di TV8. May 11 2008Rakaman - Rakaman lagu baru bertajuk "Satu Tahun" telah siap sepenuhnya dan akan kami bawa dimana-mana persembahan. April 10 2008The Rhaman@Suria fm- The Rhaman akan berada di Suria fm pada malam jumaat,25 april 2008.
Kami akan ditemubual tentang "GITAR KAREN fest" pada 27 april 2008. Sebarang pertanyaan layari http://www.myspace.com/nemesisism -Luna. Jan 03 2008Rilisan Tees- boleh ajukan pertanyaan anda pada http://www.myspace.com/bimadagang atau terus kepada +6 012 235 8223 Encik Abi untuk urusan membeli tee. Jan 03 2008Si Tikus Kemaluan- Beberapa aktiviti dikesan selama tempoh rehat selain daripada kerja-kerja akhir perilisan EP. Adik dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran bagi drama humor bertajuk "Malu-malu Si Tikus" yang bertempat di Taiping, Perak. Beliau memegang watak tambahan sebagai ahli kumpulan kugiran. Bakal ditayangkan di TV2 pada perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Jan 01 2008Selamat Tinggal 2007!- Selamat Tahun baru diucapkan kepada semua. Semoga 2008 membawa lebih kebahagiaan. Tahun baru ini kami mulakan dengan sesi rehat selama sebulan sepanjang Januari bagi memperhalusi kerja-kerja merilis EP. Baju tee Rhaman pula akan dirilis sekali dengan Pelancaran EP dan bakal di keluarkan oleh Bima Clothing.Dis 18 2007Berduet dan berKomplot- Pada 12 Dis yang lepas, Yuyun telah menyumbangkan suara untuk sebuah lagu duet bersama saudara Zack (dari kugiran Komplot) yang berjudul HEY!. Lagu tersebut bakal dimuatkan di dalam runut bunyi AKU, LUNA DAN LAMPU yang diusahakan oleh Rodeoscape. Ia bakal menemui anda tidak lama lagi. Dis 1 2007Klip Sekutu Siap!- Klip video 'Sekutu Kuat Berangan' telah siap di upload. Pilih mana-mana link di bawah untuk melihat; >> myspace>> amp channel vJun 3 2007EP dan Aidilfitri- Proses merakam EP (edaran sebuah label indie yang dirahsiakan lagi namanya) yang bakal memuatkan 4 buah lagu sedang berjalan dengan jayanya. 2 buah lagu telah disiapkan sepenuhnya. Kami juga dalam proses menyiapkan lagu raya untuk dimuatkan di dalam Kompilasi Raya di bawah Label yang masih juga dirahsiakan. Ianya bakal menemui anda di penghujung bulan puasa sekitar September nanti. April 28 2007Gig, Klip dan . . .- Sejuta kemaafan di pohon diatas pembatalan di beberapa pertunjukan sebelum ini berikutan dari keadaan kami yang teramat sibuk. Terima kasih dan harap maaf di ucapkan kepada pihak penganjur, Apek Ego, Faiz Lunarawk, Gegey Music dan beberapa pihak lain lagi serta yang mengharapkan kemunculan kami. Klip "Sekutu Kuat Berangan" masih belum menampakkan tanda-tanda di upload kerana "tukang buat" nya masih kebingungan mencari masa terluang untuk mennyiapkannya. Dan kepada sesiapa yang sering bertanyakan kepada kami tentang material, T-Shirt dan sebagainya, rilisan yang sebelumnya sudah ditamatkan pengeluarannya untuk memberi laluan kepada EP terbaru (masih belum diberi tajuk) yang mana ianya masih ditahap awal pembikinan. Rilisan T-Shirt pula dijangka akan dikeluarkan semula dalam unit terhad sekitar Jun nanti. Disember 13 2006Klip- Penggambaran untuk "Sekutu Kuat Berangan" telah berlangsung beberapa hari yang lepas dan dijangka berakhir di dalam tempoh 2 atau 3 minggu lagi. Set lokasinya adalah di sekitar Pekan Jasin dan Bandar Melaka. November 02 2006Sekutu Kuat Berangan - Kami baru sahaja memuat atas lagu ini setelah sekian lama diperam. Lagu ini adalah diantara yang bakal memuatkan rilisan kami yang akan datang. Julai 20 2006Set Induksi - Had penjualan demo kedua kami; Set Induksi telah diberhentikan bagi memberi laluan kepada rilisan akan datang iaitu Split Demo bersama KultusKabus. Namun begitu masih terdapat 10 unit lagi untuk dijual dan anda boleh dapatkan ia dengan menghubungi wakil penjual kami iaitu Encik Faiz/Lunarawk (MMU Melaka) dan Encik Arif (Cyberjaya/Kuantan: 012 632 73 69) pada harga RM5 per unit. Julai 03 2006Gig dan BBQ - Pada 1 Julai yang lepas kami telah beraksi di I-bands.net SHOWCASE yang bertempat di Tunestone Studio, Klang yang mana ianya telah dianjurkan secara koloborasi dengan jayanya oleh I-bands.net dan Tunestone Studio. Dan yang menariknya, acara gig ini disusuli dengan sesi beramah-mesra sambil menikmati hidangan BBQ yang lazat. Orang kuat di I-bands.net iaitu saudara Ajeep dan rakan-rakan juga telah merakam seluruh set persembahan untuk kugiran-kugiran pada hari itu termasuklah "Macam Bagus". Kepada pelawat yang ingin mendengar "Macam Bagus" nyanyian Yuyun,
anda boleh klik DISINI. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur dan kepada semua yang hadir.
Jun 24 2006Ahli Baru - Kami baru saja menerima kemasukan ahli baru iaitu Puan Yuyun. Beliau adalah isteri kepada pemain papan kekunci kami iaitu Encik Abong. Segala tugas nyanyian akan diserahkan kepadanya.
BAKAL MUNCUL DI :
> 6 June 2008 Dewan Bestari Ayer keroh,tba,Melaka.
> 14 Feb 2008 Between Love & Hate@Asia Village, Ayer keroh,Melaka.
> 9 Nov 2008 Pameran Pelancongan@Melaka Mall,Melaka.
> 8 Nov 2008 Freak Music Party,Paul’s Place jln Klang Lama,Kuala Lumpur .
> 25 Oct 2008 Frekuensi.Pelangi.Melodi@Hotel Grand Continental,Melaka.
> 30 aug 2008 Charity d’Merdeka,Jubli Intan,Johor Bharu.
> 17 aug 2008 Mocca & Inthebox Live in Malaysia@Zouk Club.
> 3 aug 2008 Padang kawad,UITM Shah Alam.
> 3 aug 2008 Ohchentaku tour @ aloha club,Melaka.
> 20 July 2008 Best of Indie 2008 @ Dewan Bestari Ayer Keroh,Melaka.
> 12 July 2008 Girls gig @ setiawangsa,Kuala Lumpur.
> 5 July 2008 Mohd Jayzuan @ A.B.M & Love-fi Tour @ City Cafe & Sport Arena,City Plaza, Johor Bharu.
> 25 May 2008 Vain’s Hot Stage!,MCPA Hall,Maharajalela, Kuala Lumpur
> 10 May 2008 Autoshow 2008, Perkarangan tempat letak kereta Pasar Raya Besar Giant Shah Alam, Shah Alam, Selangor
> 27 Apr 2008 TBA, MCPA Hall, Maharajalela, Kuala Lumpur
> 26 Apr 2008 Huru Hara GIG, One Cafe, Pasar Seni, Kuala Lumpur
> 29 Mac 2008 Jangan Serius Sangat GIG, Pasar Seni, Kuala Lumpur
> 23 Mac 2008 Plague Of Happiness Nationwide Tour, Stadium Mini Bestari, Ayer Keroh, Melaka
> 23 Feb 2008 Slightmomellow, Taat House, Johor Bharu
> 23 Feb 2008 Rock O Mania, MCPA Theater Hall, Kuala Lumpur
> 16 Feb 2008 ARA Music Fest Vol. 01, Stadium Mini Bestari, Ayer Keroh, Melaka
> 2 Febuari 2008 Almost Famous Gig, Taman Univesiti, Johor Bharu
> 31 Disember 2007 Melaka Riverside Countdown, Tebing Sungai Melaka, Pengkalan Rama, Melaka
> 29 Disember 2007 The Super Art & Music Festival, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Mont Kiara, KL
> 22 Disember 2007 Gegeymusic Festival 2007, Dewan KOMBES, Kelantan
> 24 November 2007 MYHC Festival 2007, MCPA Hall, Kuala Lumpur
> 17 November 2007 Oh Chenta Ku (Mini Album Launching), KL Jam Asia, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
> 18 Oktober 2007 Night of A Living Homeless, KL Jam Asia, Sri Hartamas, Kuala Lumpur
> 02 September 2007 House of Indie Festival 2007, Dataran Pahlawan, Melaka
> 26 Ogos 2007 Vinyl DC Farewell Party, Vinyl DC, Melaka
> 22 Ogos 2007 Hey, let's lalala, MMU Melaka, Bukit Beruang, Melaka
> 29 Julai 2007 Bodysurf 10th Anniversary, Babyface, Ipoh
> 28 Julai 2007 KL Indie Bands Festival, Artport, Shah Alam
> 26 Julai 2007 Crossborders, Laundry, The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur
> 23 Jun 2007 Attack Of The Killer Malaysian Bands, KL Jam Asia, Kuala Lumpur
> 16 Jun 2007 Chenta Itu Bhuta, KL Jam Asia, Kuala Lumpur
> 26 Mei 2007 MELAKA TOURISM STREET FESTIVAL: Battle OF The Bands (Guest Band), Digital Mall (in front of Hang Tuah Mall), Melaka
> 26 Mei 2007 Vinyl DC Festival, A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka
> 19 Mei 2007 Republic Of Brickfield Ganjaran Album MELAKA TOUR, Vinyl DC, Jalan Melaka Raya 10, Melaka
> 12 Mei 2007 Pre-Vinyl DC Festival, Vinyl DC, Jalan Melaka Raya 10, Melaka
> 27 April 2007 Attack Of The Indie Kids, Little Havana,
no 2 & 4 Lorong Sahabat, off Changkat Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
> 21 April 2007 Tribute To Zine??, Critz Club, Jalan Sultan Ismail, 50200 Kuala Lumpur
> 31 Mac 2007 ROCK AGAINTS DRUGS! (An Indie Festival), MCPA Theater, Kuala Lumpur
> 17 Mac 2007 Supporting Bittersweet's A PERFECT TOUR, Vinyl DC, Melaka
> 10 Mac 2007 Rock O Mania Festival, Vinyl DC, Melaka
> 18 Febuari 2007 Supporting Japenese HC acts; COMMUNITY TRUST & EVEN TODAY, Giggers Art Cafe, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur
> 17 Febuari 2007 Aksi pembukaan bagi Bittersweet's LIVE SHOW & ALBUM LAUNCHING, No Black Tie, Bukit Bintang, Kuala Lumpur
> 27 Januari 2007 PRIORITY EP's Launch, Vinyl DC, Melaka
> 20 Januari 2007 BODYSURF TOUR, Vinyl DC, Melaka
> 20 Januari 2007 HIT ME WITH YOUR MUSIC, Hotel Melia/New School, Jln Imbi, Kuala Lumpur
> 07 Januari 2007 SUNDAY ROCK, Vinyl DC, Melaka
> 24 Disember 2006 MYSPACE ROCK & ROLL SHOW, Paul's Place, Kuala Lumpur
> 22 Disember 2006 POWER JIWA, Little Havana, Kuala Lumpur
> 09 Disember 2006 ROCK o MANIA, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
> 11 November 2006 ROCK YOUR HEAD, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
> 06 Ogos 2006 SUNDAY ROCK LIVE, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
> 19 Ogos 2006 SMELL LIKE TEEN SPIRIT, KL JamAsia, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur
> 09 Julai 2006 SUNDAY ROCK FEST, Vinyl DC, Melaka Raya, Melaka
> 01 Julai 2006 I-Bands.Net SHOWCASE, Tunestone Studio, Klang, Selangor
PAUTAN BERKAIT :
:: Soalan Lazim:: Gambar:: GALERI
LAIN-LAIN :
:: www.i-bands.net:: www.purevolume.com/therhaman:: www.amp.channelv.com/therhaman :: www.isound.com/rhaman:: www.4th-monkey.com/therhaman
*sila hubungi kami untuk maklumat lanjut:+ e-mail: the_rhaman_project@yahoo.com + ym: the_rhaman_project +
Hayyan: 019-356 6559
|
|