Dilahirkan di Singapura dalam tahun 1974, dan mendapat pendidikan awal di Malaysia, Singapura dan seterusnya di Amerika Syarikat. Nizam Zakaria adalah seorang penulis dan pengarah sepenuh masa. Cereka TV pertamanya yang bertajuk 'Impian', terbitan Radius One Production telah ditayangkan di TV2 pada pertengahan bulan November 2006. Beliau adalah penulis skrip A.D.A.M. 1, 2 & 3, untuk TV2 terbitan Global Station. Beliau telah menyiapkan sebahagian dari skrip telenovella Spa Q untuk slot Akasia di TV3 - sebuah produksi terbitan Global Station dan beberapa buah episod Bujang Antik untuk RTM - sebuah produksi terbitan Radius One.
Nizam telah mengarahkan sebuah telemovie bertajuk Radio Gaga terbitan Zeel Production untuk RTM. Beliau juga penulis dan pengarah Gaia, sebuah drama bersiri kelakar seram untuk ASTRO Ria.
Novelnya 'Susuk' dan 'Seri Tertangguh', Mata Kucing (terbitan Marshall Cavendish) dan Awang Vampiro kini boleh didapati dalam kedai-kedai buku di seluruh Malaysia.