CATARRH telah ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Jorn (Guitar/Vocal) dan Ajak (Drums) semasa mereka menuntut di UTM Skudai. Mereka mula jamming berdua tanpa bassist dengan memainkan lagu-lagu cover dari band-band Metal antarabangsa seperti Sepultura, Celtic Frost, Sodom dan Napalm Death. Untuk melengkapkan line-up band, mereka telah menjemput Din Kepler yang merupakan senior mereka di UTM di posisi Bass. Setelah puas memainkan lagu cover, mereka mula menulis lagu-lagu sendiri dan merakamkan e.p pertama yang berjudul Destructive Creation sekitar tahun 1992. E.p yang berkonsepkan Old School Death/Thrash Metal ini mengandungi 3 buah lagu yang diberi judul Destructive Creation, Sense Of Stimulation dan Emptiness Laughter. E.p ini dirakam di Amerah Studio, KL bersama Sound Engineer Mon yang menggunakan 4 tracks recorder.
Pada tahun 1993, sebuah label underground yang pertama iaitu Dark Journey Records telah menawarkan Catarrh peluang rakaman untuk album Dark Live Collection. Catarrh telah merakamkan 2 buah lagu yang dipetik dari e.p pertama iaitu Emptiness Laughter dan Sense Of Stimulation. Band-band lain yang terlibat dalam kompilasi ini ialah Brain Dead, Tormentor, Silent Death, Nebiras & Nemesis. Dalam rakaman ini, Catarrh menjemput Apai iaitu adik kepada Din Kepler sebagai pemain bass.
Pada tahun 1994, e.p kedua telah dirakamkan juga di Amerah Studio bersama Mon. E.p ini mengandungi 3 lagu original dan 1 lagu cover dari Elvis Presley yang telah digubah semula dalam versi Catarrh iaitu Jailhouse Rot. E.p ini telah menarik minat sebuah label independent iaitu Sonic Asylum Records untuk diriliskan dengan tajuk Wine Of Inamria. Lagu-lagu yang terkandung dalam E.p ini ialah, Journey To The Centre Of The Earth, Pandemic Aggression Of Kpala Kothyr, Crematarium Upon The Hill Side dan Jailhouse Rot. Selepas itu, Catarrh sering mendapat undangan gig di Seremban, Ipoh dan juga Johor Bahru.
Pada tahun 1995, rilisan Catarrh seterusnya ialah sebuah e.p bertajuk Paranoia. Ianya cuma dilakukan secara DIY oleh Ajak yang bertindak sebagai One Man Band pada ketika itu manakala vocal pula telah di efek menggunakan Hyperfuzz. Lagu-lagu di dalam e.p ini ialah Paranoia, Misanthropical Breed, Infected Blues dan sebuah lagu cover Nirvana versi Catarrh iaitu Tourette's.
Seterusnya pada tahun 1996, terdapat perubahan dalam line up Catarrh di mana Jorn (Guitar,Vocal), Yuh (Guitar), Xul (Bass), dan Zyk (Drums) telah menghasilkan e.p seterusnya yang berjudul Nightflight. E.p yang dikeluarkan oleh Small Budget Productions ini mengandungi 4 buah lagu original yang berjudul Night Flight, Horrifying Screams, Crawling Over The Roof dan Big Mountain. Selepas e.p ini diriliskan, Catarrh telah mengadakan satu gig di Tampoi, Johor Bahru dengan dibarisi oleh Jorn (Guitar, Vocal), Yuh (Guitar), Ajak (Drums) dan sesionist dari Langsuyr iaitu Batara Guru selaku pemain bass. Mereka membawa beberapa lagu original dan sebuah cover dari Iron Maiden, The Trooper. Ini merupakan gig terakhir Catarrh sebelum ianya dibubarkan.
Setelah pembubaran Catarrh, Jorn telah menubuhkan sebuah band metal bernama Torch manakala Ajak bersama-sama Apai pula telah menubuhkan sebuah band punk rock iaitu Skinbasher. Perpecahan ini berlarutan hingga ke tahun 2004 di mana Ajak ingin menghidupkan kembali Catarrh dan idea ini mendapat sokongan dari Jorn. Untuk line up kali ini, Ajak bertindak selaku pemain guitar, Apai masih lagi di posisi bass dan Ady iaitu adik kepada Ajak selaku drummer. Untuk menghidupkan kembali Catarrh, Ajak telah merakamkan semula 4 buah lagu lama Catarrh yang diberi nafas baru dan menampilkan bekas vokalis Infectious Maggots era album Unknown iaitu Ezan a.k.a Panjang selaku vokalis. Sesi rakaman kali ini telah dijalankan di Nebiula Sounds Recording pada Julai 2004 dan dibantu oleh Jadam selaku Sound Engineer. Demo ini berjudul Reborn bersempena dengan kelahiran semula Catarrh.
Line up baru ini tidak kekal lama di mana Panjang dan Apai tidak dapat meneruskan perjuangan bersama Catarrh. Untuk meneruskan kembali perjalanan Catarrh, Ajak telah merekrut bekas bassist band Ephemeral iaitu Rafiz di posisi Bass. Pada tanggal 4.12.2004, Catarrh yang dibarisi oleh Ajak (Guitar/Vocal), Rafiz(Bass) dan Ady (Drums) telah beraksi buat pertama kalinya di sebuah gig yang berlangsung di Uptown. Kini Catarrh telah kembali kepada format asal iaitu 3 piece band. Di Gig ini juga Catarrh telah menjemput Dol "Deathgrezzor" dari Break The Silence selaku bassist jemputan ketika membawakan lagu cover dari Metallica iaitu Whiplash. Sambutan crowd amat hebat!!!
Selepas Gig tersebut, Rafiz terpaksa mengundurkan diri untuk menumpukan kepada band projek beliau pada ketika itu. Kemudian Catarrh merekrut bassist dari band Puakerysm yang juga merupakan rakan kepada Ady iaitu Man sebagai pemain bass yang baru. Dengan line up ini, Catarrh telah beraksi dalam beberapa siri gig di Lembah Klang dan Seremban sekitar 2005-2007. Mereka membawakan lagu-lagu lama serta beberapa lagu cover.
Untuk meneruskan kembali perjalanan musik Catarrh, Catarrh menjemput 2 orang session vokalis iaitu Dinx dari band Antara dan R-man dari band Puakerysm untuk menggalas posisi vokalis.
Segala urusan band boleh hubungi:
Ajak (012-6039580) atau Ady (012-3128492)
Krvestreb Fanzine #2 issue publish. Total Underground bands and 220 Underground bands review. Limited 100 issue. Colourfull cover, quality xerox. A4 92 pages. 7$ or 7euro (postage including) support to underground!
Ps: If you want participate in the Krvestreb Fanzine, send promo cd + bio but pls dont send me your songs mp3 cause I dont listen underground bands mp3. Hail from Turkey! Keep it contact! SUPPORT TO TRUE UNDERGROUND.
Hail! Thanks for the support!! Greetings from Brazil! Have a great week! New recording of song available "Staircase of the Evolution" Confers my friends!! Alexandre & Madness
Thanx for the add...
Show tedekat kami...jemput hadir...
SIGMA COME BACK !!!!
Dan juga....
To all people...community & band...terima kasih kerana sudi jd member kami...kpd yg kami x comment jgn ambil hati kerana kami agak sibuk dgn kerjaya kami..jd minta maaf dipinta...apa2 pun dlm kehidupan anda tidak kira apa perjuangan anda ataupun muzik apa yg anda perjuangkan..jadilah ROCKERS yg BERSIH....JANGAN HISAP DADAH!!!!.........
ROCK KU!!!!
kami di sini mencari sebanyak 20 buah band dalam satu konteks untuk memuatkan projek KOMPILASI ALBUM 2009 anjuran anakhantucrew.
Kepada band2 yang bersedia untuk join kami dalam acara ini. ANDA diwajibkan menghantar BAND PROFILE beserta sekeping gambar band dan juga sebuah lagu dalam format audio cd dari band anda sendiri.
CD tersebut anda haruslah POS kepada kami di alamat dibawah. Manakala Band Profail anda haruslah di emelkan ke laman emel kami.
TUJUAN kompilasi indie album 2009 ini adalah satu kesinambungan dari pihak kami yang telah lama menyepi dari sebarang interaksi dan kini kembali untuk menyinari kembali perjalanan 2009 ini.
Kompilasi ini juga akan di muatkan sebanyak 20 buah band dimana semua jenis konsep boleh menyumbangkan material anda untuk di ALBUMkan sebagai KOMPILASI ini.
KOMPILASI ALBUM ini juga akan dikenakan bayaran untuk mereka yang berminat dengan acara ini dengan tujuan proses MIXING dan MASTERING kembali lagu2 dari pihak anda akan kami jalankan di sebuah studio rakaman untuk mutu audio yang mampu semua jenis lapisan terima.
Dengan bayaran tadi juga kami akan membekalkan KOMPILASI ini kepada setiap band dengan 10 keping CD yg da di format AUDIO CD beserta cover cd, sekali dengan PRINTING COVER ALBUM CD dan juga SEBUAH POSTER dari BAND2 yang terlibat bersaiz A3.
10 keping cd bersama 10 keping poster akan di edarkan kepada band anda dengan hasilnya yang telah kami KOMPILASIkan. CD2 itu juga adalah material asli yg tidak akan dikeluarkan dalam sesi lain nanti. DAN cd2 itu juga adalah ORIGINAL COPY dari pihak kami untuk anda.
Bayaran untuk sebuah band yang ingin menyertai KOMPILASI INDIE ALBUM 2009 ini masih blom ditetapkan. Ini kerna kami masih lagi menjalankan siasatan dari segi kosting kesemua harga.
Yang pasti bayaranya berpatutan untuk kerjasama 2 hala dari pihak kami dan pihak anda selaku band indie dari MALAYSIA.
Setinggi² Penghargaan diucapkan kepada semua band yang telah menjayakan gig dibawah anjuran kami iaitu CROSSOVER THE BRIDGE 09, TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada BUTCHER BASTARD, CATTARH, SPERMBLAST, SYMBIOTIC IN THEORY, INCARNATION, HIDDEN SILENCE, IN TORMENT, GORESLUTS, SIDECIRCLE, SICK SOCIETY dan juga MISTIK. Kami benar²menghargai jasa baik semua kerana sudi bermain gig dibawah anjuran kami, Terima kasih juga kepada rakan² dan crowd² telah telah datang memenuhkan ruang di Soundmaker. Beribu² maaf juga kepada semua yang hadir termasuk band jika terdapat kelemahan dari segi anjuran gig tempoh hari, kami akan cuba perbaiki kelemahan² yang ada. TERIMA KASIH sekali lagi kepada semua, semoga kita dapat bertemu lagi di event² kami yang akan datang..